Bantuan RM1,000 untuk setiap keluarga yang terjejas bencana banjir

Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir akibat monsun timur laut kini ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana itu, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, sejajar dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah BWI tersebut diberi bukan sahaja untuk ketua isi rumah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi turut diperluas kepada ketua isi rumah yang tidak berpindah ke pusat tersebut.

“(Berikutan penambahbaikan ini), mangsa boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali semasa monsun terbabit manakala bantuan kematian kepada waris mangsa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan kemas kini Kementerian Kewangan hari ini yang menyenaraikan peruntukan dan langkah tambahan diambil kerajaan bagi menangani banjir pada tahun ini.

Dalam pada itu, kementerian itu berkata, bagi menyegerakan pemberian BWI kepada mangsa banjir, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 24 Dis, 2021, telah menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM26.9 juta kepada semua negeri yang terjejas. 

“Selaras dengan penambahbaikan BWI, Kementerian Kewangan akan memastikan NADMA mendapat peruntukan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan sebenar,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Banking Finance Fintech

Malaysia’s New Financial Sector Blueprint identifies digitization as a key agenda

Bank Negara Malaysia (BNM) today announced the launch of Malaysia’s five-year financial sector blueprint during the opening of MyFintechWeek 2022. The central bank has identified five strategic thrust that will anchor its efforts in the blueprint which includes; funding Malaysia’s economic transformation, elevating the financial well-being of households and businesses, advancing digitalisation of the financial […]

Read More
Business Economy

Halal & Haram dalam Perniagaan

Read More
Business Economy

Momentum pemulihan sektor hartanah masih tidak sekata

KUALA LUMPUR, 13 Dis  — Momentum pemulihan sektor hartanah kekal tidak sekata pada tahun 2021, walaupun terdapat beberapa perubahan pada suku keempat dengan sedikit pemulihan dicatatkan dari segi jualan. Isu-isu berkaitan unit berlebihan dan tidak terjual terus membimbangkan selain peningkatan kos sara hidup yang akan menyebabkan rancangan pembelian hartanah tertangguh. Menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), sektor hartanah […]

Read More